Baik di pejabat, di kedai kopi atau internet, kita biasa berhadapan dengan keluhan-keluhan tentang kewangan..."Mana nak cekau duit ni?installment belum lagi habis, kereta plak meragam, paip tersumbat bla...blaa, baru 15 hari bulan, gaji semua lesap...mana pegi duit gaji aku ni??"
Kita biasa mendengar ungkapan belanjawan. Istilah belanjawan ini dianggap satu ungkapan yang agak luarbiasa dalam istilah kewangan keluarga, mungkin hanya sesuai dibentangkan atau digunakan oleh syarikat atau mengukur belanjawan negara. Agak jarang kita bertemu dengan kawan-kawan atau saudara-mara yang merekod dan membuat perincian pendapatan dan perbelanjaan keluarga. Kebiasaanya, belanjawan atau analisa kewangan keluarga hanya dibuat diminda tanpa direkod, dibincangkan dan dianalisa.
Merekodkan perbelanjaan keluarga adalah penting untuk;
- Analisa punca pendapatan dan perbelanjaan keluarga.
- Menilai keupayaan perbelanjaan secara lebih sistematik dan terpeinci
- Menilai keupayaan pembelian aset/peralatan rumah
- Mengurangkan hutang
- Menambahkan perbelanjaan
Belanjawan adalah salah satu alat untuk menilai tahap kesihatan kewangan keluarga. Pembentangan belanjawan boleh dibuat dengan sesi perbincangan dengan suami/isteri untuk menilai tahap kewangan keluarga, dan seterusnya membuat keputusan bagaimana mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan tabungan.
Link di bawah boleh dijadikan templete asas untuk membuat belanjawan dengan perlu membuat sedikit perubahan tentang perincian pendapatan dan perbelanjaan yang sesuai dengan pendapatan dan perbelanjaan keluarga anda.
Anda mungkin memerlukan rekod-rekod kewangan untuk merekod budget keluarga. Rekod-rekod kewangan anda mungkin boleh dirujuk melalui;
Penyata Gaji
Penyata Bank
Penyata Insuran
Bil telefon
Bil Air, Elektrik, Internet
Resit perbelanjaan
Penyata Kad Kredit
Anda mungkin menghadapi masalah untuk membuat rekod, misalnya perbelanjaan runcit yang mungkin anda lupa, atau perbelanjaan sukar untuk dikategorikan. Tumpukan usaha merekod dengan merekod,
Perbelanjaan yang besar
Perbelanjaan yang tetap
Perbelanjaan yang mempunyai rekod seperti bil-bil dsb
Klasifikasikan perbelanjaan yang kecil dalam beberapa bahagian;
Perbelanjaan runcit
Perbelanjaan Pelbagai
Perbelajaan Lain-lain
Posting akan datang adalah bagaimana menganalisa belanjawan anda dan apakah langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan perbelanjaan dan menambahkan tabungan.