Friday, January 7, 2011

Kad Kredit - Belanja dan Realiti - Part 2

Kali ini kita teliti tentang kredit limit dan pembayaran minima.

Pada kebiasaannya wakil institusi kewangan akan cuba menawarkan kad kredit dengan kredit limit yang maksimum untuk 'kemudahan' pelanggan-pelanggan mereka. Biasanya kad standard mempunyai kredit limit yang rendah berbanding kad gold atau platinum dan yuran kad standard adalah lebih murah berbanding kad-kad premium.

Perlukah anda mempunyai kad kredit dengan kemudahan kredit yang banyak?

Persoalan ini perlu dijawab dengan menilai diri dan bagaimana anda berbelanja.

Sekiranya anda seorang yang berdisiplin dalam menggunakan kad kredit,  perbelanjaan selalu disemak dan diteliti, pembayaran sepenuhnya dibuat sebelum habis tempoh 'interest free' biasanya 44 hari atau 55 hari, anda wajar menggunakan kad kredit yang mempunyai kad kredit yang mempunyai kredit limit yang tinggi.

Anda sesalunya sukar mengawasi dan mengawal perbelanjaan, suka berbelanja untuk melengkapi apa yang ada sesuai dengan perubahan semasa. Pada akhir bulan, anda sentiasa sukar untuk menimbangi pendapatan dan perbelanjaan dan mungkin tidak mengambil langkah untuk menabung. Kad kredit yang mempunyai limit yang tinggi mungkin akan membuat diri anda terjerat dan mengambil langkah pencegahan adalah lebih baik dengan memilih kad standard dan menolak tawaran institusi kewangan untuk menambah limit kad anda atau membuat tawaran untuk kad kredit tambahan.

Tips
  • Buat keputusan sendiri dan jangan terlalu terpengaruh dengan tawaran untuk institusi kewangan untuk 'menghadiahkan' kad kredit dengan kredit limit yang tinggi. Biasakan untuk berkata "TIDAK".
  • Jangan sangka kredit limit itu "hadiah" dan berbelanja item yang tidak perlu kerana masih mempunyai banyak limit untuk berbelanja.
  • Pilih kad kredit yang sesuai, bukan sesuai dengan gaya anda, sesuaikan kad kredit dengan keupayaan anda membuat pembayaran.
  • Peringatan! Kad kredit adalah sumber hutang, bukan sekadar pertolongan.

No comments:

Post a Comment