Sunday, January 2, 2011

Kad Kredit - Belanja dan Realiti - Part 1

Kad Kredit dan Bankrap
Penggunaan kad kredit sebagai instrument pembelian secara hutang menjadi lumrah dalam kehidupan zaman sekarang. Kad kredit bolehlah diumpamakan sebagai api, masa kecil kawan, bila besar menjadi ancaman. Pengguna kad kredit seharusnya berhati-hati menggunakan perantara ini secara berhemah agar diri tidak terjerat.
Mengikut data data Jabatan Insovency pada Jun 2010, ramai golongan muda berumur 35 – 44 tahun yang diistiharkan muflis kerana terjerat dengan pinjaman peribadi dan mempunyai hutang kad kredit yang tidak dapat dilangsaikan. Sejumlah 25,229 kes direkodkan atau 31.4% dari jumlah muflis keseluruhan.

Kepada golongan muda, risiko muflis akibat penggunaan hutang boleh menjejaskan kehidupan dan masa depan mereka. Sekiranya diistiharkan muflis, mereka kehidupan seharian mereka terjejas kerana;
  • Terpaksa melupuskan kesemua harta untuk membayar hutang
  • Tidak boleh membuka bank akaun
  • Tidak boleh keluar negara
  • Tidak boleh membuka perniagaan dan menjadi pengarah syarikat.
  • Terpaksa membayar hutang secara ansuran sehingga langsai.

Diringkaskan beberapa tips yang berguna untuk mengawal perbelanjaan yang melibatkan kad kredit, agar tidak terjerat dengan beban hutang yang tinggi yang menjerat kehidupan dan mungkin mengakibatkan seseorang menjadi muflis.

Tak Kenal Maka Tak Cinta
Kad kredit secara ringkas mempunyai beberapa komponen. Seperti memandu kereta, kita mesti mengenali komponen-komponen asas kenderaan untuk pemanduan yang selamat, begitu juga dengan kad kredit, tanpa mengenali komponen asas kad kredit, kita mungkin sentiasa dalam risiko yang tinggi. 

Kadar Interest.
Komponen utama kad kredit adalah kadar interest. Biasanya institusi kewangan mengenakan 2 kadar interest yang mungkin berbeza atau kadar yang sama. Pertama, kadar interest bila membuat pembelian. Kedua, kadar interest dikenakan bila membuat pengeluaran wang. Biasanya kadar interest untuk pengeluaran wang lebih tinggi dari kadar interest untuk perbelanjaan.
PERINGATAN, kadar-kadar interest untuk baki hutang ini akan dikira secara “daily compound” yang mana effect hutang yang belum dijelaskan akan lebih tinggi pada akhir tempoh berbanding “monthly compound” atau “yearly compound”.
Ilustrasi 1 Kadar Interest 18%, hutang sebanyak RM5000, kadar bayaran RM120 sebulan.

Pada akhir tempoh anda terpaksa membayar RM1507.43 interest dan hutang akan habis setelah 5.49 tahun atau setelah 65 kali pembayaran.


Ilustrasi 1 Kadar Interest 22%, hutang sebanyak RM5000, kadar bayaran RM120 sebulan.


Pada akhir tempoh anda terpaksa membayar RM1874.28 interest dan hutang akan habis setelah 6.62 tahun atau setelah 79 kali pembayaran.

Sedikit perbezaan kadar interest akan membuat anda lebih banyak sengsara dan lebih lama menanggung hutang.

Tips
Sila baca dengan teliti kadar interest yang dikenakan oleh institusi kewangan dan buat perbandingan sebelum membuat permohonan kad kredit, dan fikir 2 atau 3 kali sebelum swipe kredit kad kredit.

Bersambung........


No comments:

Post a Comment