Wednesday, January 12, 2011

Free For Life?

Petikan dari mukasurat C24 NST1klassifieds bertarikh 21 Disember 2010.
Artikel ringkas NST menyentuh beberapa tips penggunaan kad kredit.
Faktor-faktor pemilihan kad kredit
  • Kad kredit adalah untuk kegunaan seharian bukannya untuk gaya.
  • Fahami terma-terma dan syarat kad kredit.
  • Fahami dengan teliti syarat-syarat yuran tahunan "percuma seumur hidup"
Meminimakan caj kad kredit
  • Buat perbandingan kad-kad yang ditawarkan
  • Selesaikan hutang sebelum akhir tempoh.
  • Limitkan kad anda, tidak perlu menambah kad sekiranya tidak perlu
  • Jangan menggunakan kemudahan "cash advance", caj dikenakan lebih tinggi.

Penggunaan kad kredit secara selamat
  • Tandatangani kad anda sebaik sahaja diterima
  • Simpan kad ditempat biasa (dalam wallet), sentiasa awasi.
  • Jangan "pinjamkan" kad credit kepada pihak ketiga
  • Simpan no telefone institusi kewangan untuk dihubungi bila kehilangan kad.
  • Sentiasa semak segala trasaksi dengan penyata.
  
Sila klik pada link dibawah untuk melihat artikel asal.
  

Monday, January 10, 2011

Emas - Pelaburan Terbaik 2010?

Adakah emas memberikan pulangan maksimum tahun 2010?

Perbandingan ringkas dibuat dalam membandingkan beberapa pelaburan;
  • Pelaburan matawang asing berbanding RM
  • Pelaburan komoditi emas, perak, tembaga, aluminium dan platinum
Pulangan pelaburan maksimum adalah berdasarkan andaian melabur dengan harga yang rendah dan menjual semula dengan harga maksima berdasar data tahun 2010.
A - Harga Beli
B - Harga Jual
% Pulangan = (B-A) / A   X 100
Pelaburan Matawang
RM agak teguh pada tahun 2010 dan pegangan matawang asing tidak memberikan pulangan yang menarik. Pulangan beberapa matawang utama seperti berikut;
USD      - 2.46%
GBP       - 9.11%
Euro      - 10.73%
JPY100  - 14.47%
SIN        - 5.53%
Pelaburan Komoditi
Emas
Kijang Emas - 1 OZ       - 17.59%
Kijang Emas - 1/2 OZ    - 15.43%
Kijang Emas - 1/10 OZ  - 13.28%
Perak                84.36%

Copper            46.36%


Aluminium      31.32%


Platinum         17.89%


Pelaburan pilihan adalah PERAK, tembaga, aluminium, platinum diikuti emas dan lain-lain.





2011, yang mana satu ?


Aku Dalam Dilemma - Belanja vs Belanjawan

Baik di pejabat, di kedai kopi atau internet, kita biasa berhadapan dengan keluhan-keluhan tentang kewangan..."Mana nak cekau duit ni?installment belum lagi habis, kereta plak meragam, paip tersumbat bla...blaa, baru 15 hari bulan, gaji semua lesap...mana pegi duit gaji aku ni??"
Kita biasa mendengar ungkapan belanjawan. Istilah belanjawan ini dianggap satu ungkapan yang agak luarbiasa dalam istilah kewangan keluarga, mungkin hanya sesuai dibentangkan atau digunakan oleh syarikat atau mengukur belanjawan negara. Agak jarang kita bertemu dengan kawan-kawan atau saudara-mara yang merekod dan membuat perincian pendapatan dan perbelanjaan keluarga. Kebiasaanya, belanjawan atau analisa kewangan keluarga hanya dibuat diminda tanpa direkod, dibincangkan dan dianalisa.
Merekodkan perbelanjaan keluarga adalah penting untuk;
  • Analisa punca pendapatan dan perbelanjaan keluarga.
  • Menilai keupayaan perbelanjaan secara lebih sistematik dan terpeinci
  • Menilai keupayaan pembelian aset/peralatan rumah
  • Mengurangkan hutang
  • Menambahkan perbelanjaan
Belanjawan adalah salah satu alat untuk menilai tahap kesihatan kewangan keluarga.  Pembentangan belanjawan boleh dibuat dengan sesi perbincangan dengan suami/isteri untuk menilai tahap kewangan keluarga, dan seterusnya membuat keputusan bagaimana mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan tabungan.
Link di bawah boleh dijadikan templete asas untuk membuat belanjawan dengan perlu membuat sedikit perubahan tentang perincian pendapatan dan perbelanjaan yang sesuai dengan pendapatan dan perbelanjaan keluarga anda.














Anda mungkin memerlukan rekod-rekod kewangan untuk merekod budget keluarga. Rekod-rekod kewangan anda mungkin boleh dirujuk melalui;
Penyata Gaji
Penyata Bank
Penyata Insuran
Bil telefon
Bil Air, Elektrik, Internet
Resit perbelanjaan
Penyata Kad Kredit

Anda mungkin menghadapi masalah untuk membuat rekod, misalnya perbelanjaan runcit yang mungkin anda lupa, atau perbelanjaan sukar untuk dikategorikan. Tumpukan usaha merekod dengan merekod,
Perbelanjaan yang besar
Perbelanjaan yang tetap
Perbelanjaan yang mempunyai rekod seperti bil-bil dsb
Klasifikasikan perbelanjaan yang kecil dalam beberapa bahagian;
Perbelanjaan runcit
Perbelanjaan Pelbagai
Perbelajaan Lain-lain
Posting akan datang adalah bagaimana menganalisa belanjawan anda dan apakah langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan perbelanjaan dan menambahkan tabungan.

Friday, January 7, 2011

Kad Kredit - Belanja dan Realiti - Part 2

Kali ini kita teliti tentang kredit limit dan pembayaran minima.

Pada kebiasaannya wakil institusi kewangan akan cuba menawarkan kad kredit dengan kredit limit yang maksimum untuk 'kemudahan' pelanggan-pelanggan mereka. Biasanya kad standard mempunyai kredit limit yang rendah berbanding kad gold atau platinum dan yuran kad standard adalah lebih murah berbanding kad-kad premium.

Perlukah anda mempunyai kad kredit dengan kemudahan kredit yang banyak?

Persoalan ini perlu dijawab dengan menilai diri dan bagaimana anda berbelanja.

Sekiranya anda seorang yang berdisiplin dalam menggunakan kad kredit,  perbelanjaan selalu disemak dan diteliti, pembayaran sepenuhnya dibuat sebelum habis tempoh 'interest free' biasanya 44 hari atau 55 hari, anda wajar menggunakan kad kredit yang mempunyai kad kredit yang mempunyai kredit limit yang tinggi.

Anda sesalunya sukar mengawasi dan mengawal perbelanjaan, suka berbelanja untuk melengkapi apa yang ada sesuai dengan perubahan semasa. Pada akhir bulan, anda sentiasa sukar untuk menimbangi pendapatan dan perbelanjaan dan mungkin tidak mengambil langkah untuk menabung. Kad kredit yang mempunyai limit yang tinggi mungkin akan membuat diri anda terjerat dan mengambil langkah pencegahan adalah lebih baik dengan memilih kad standard dan menolak tawaran institusi kewangan untuk menambah limit kad anda atau membuat tawaran untuk kad kredit tambahan.

Tips
  • Buat keputusan sendiri dan jangan terlalu terpengaruh dengan tawaran untuk institusi kewangan untuk 'menghadiahkan' kad kredit dengan kredit limit yang tinggi. Biasakan untuk berkata "TIDAK".
  • Jangan sangka kredit limit itu "hadiah" dan berbelanja item yang tidak perlu kerana masih mempunyai banyak limit untuk berbelanja.
  • Pilih kad kredit yang sesuai, bukan sesuai dengan gaya anda, sesuaikan kad kredit dengan keupayaan anda membuat pembayaran.
  • Peringatan! Kad kredit adalah sumber hutang, bukan sekadar pertolongan.

Sunday, January 2, 2011

Kad Kredit - Belanja dan Realiti - Part 1

Kad Kredit dan Bankrap
Penggunaan kad kredit sebagai instrument pembelian secara hutang menjadi lumrah dalam kehidupan zaman sekarang. Kad kredit bolehlah diumpamakan sebagai api, masa kecil kawan, bila besar menjadi ancaman. Pengguna kad kredit seharusnya berhati-hati menggunakan perantara ini secara berhemah agar diri tidak terjerat.
Mengikut data data Jabatan Insovency pada Jun 2010, ramai golongan muda berumur 35 – 44 tahun yang diistiharkan muflis kerana terjerat dengan pinjaman peribadi dan mempunyai hutang kad kredit yang tidak dapat dilangsaikan. Sejumlah 25,229 kes direkodkan atau 31.4% dari jumlah muflis keseluruhan.

Kepada golongan muda, risiko muflis akibat penggunaan hutang boleh menjejaskan kehidupan dan masa depan mereka. Sekiranya diistiharkan muflis, mereka kehidupan seharian mereka terjejas kerana;
  • Terpaksa melupuskan kesemua harta untuk membayar hutang
  • Tidak boleh membuka bank akaun
  • Tidak boleh keluar negara
  • Tidak boleh membuka perniagaan dan menjadi pengarah syarikat.
  • Terpaksa membayar hutang secara ansuran sehingga langsai.

Diringkaskan beberapa tips yang berguna untuk mengawal perbelanjaan yang melibatkan kad kredit, agar tidak terjerat dengan beban hutang yang tinggi yang menjerat kehidupan dan mungkin mengakibatkan seseorang menjadi muflis.

Tak Kenal Maka Tak Cinta
Kad kredit secara ringkas mempunyai beberapa komponen. Seperti memandu kereta, kita mesti mengenali komponen-komponen asas kenderaan untuk pemanduan yang selamat, begitu juga dengan kad kredit, tanpa mengenali komponen asas kad kredit, kita mungkin sentiasa dalam risiko yang tinggi. 

Kadar Interest.
Komponen utama kad kredit adalah kadar interest. Biasanya institusi kewangan mengenakan 2 kadar interest yang mungkin berbeza atau kadar yang sama. Pertama, kadar interest bila membuat pembelian. Kedua, kadar interest dikenakan bila membuat pengeluaran wang. Biasanya kadar interest untuk pengeluaran wang lebih tinggi dari kadar interest untuk perbelanjaan.
PERINGATAN, kadar-kadar interest untuk baki hutang ini akan dikira secara “daily compound” yang mana effect hutang yang belum dijelaskan akan lebih tinggi pada akhir tempoh berbanding “monthly compound” atau “yearly compound”.
Ilustrasi 1 Kadar Interest 18%, hutang sebanyak RM5000, kadar bayaran RM120 sebulan.

Pada akhir tempoh anda terpaksa membayar RM1507.43 interest dan hutang akan habis setelah 5.49 tahun atau setelah 65 kali pembayaran.


Ilustrasi 1 Kadar Interest 22%, hutang sebanyak RM5000, kadar bayaran RM120 sebulan.


Pada akhir tempoh anda terpaksa membayar RM1874.28 interest dan hutang akan habis setelah 6.62 tahun atau setelah 79 kali pembayaran.

Sedikit perbezaan kadar interest akan membuat anda lebih banyak sengsara dan lebih lama menanggung hutang.

Tips
Sila baca dengan teliti kadar interest yang dikenakan oleh institusi kewangan dan buat perbandingan sebelum membuat permohonan kad kredit, dan fikir 2 atau 3 kali sebelum swipe kredit kad kredit.

Bersambung........


Friday, December 31, 2010

Kad Kredit Sayang

Bila jalan-jalan di shopping kompleks pada hujung minggu bersama keluarga, kita sering disapa dengan ramah oleh anak-anak muda yang mewakili institusi kewangan yang jelas kelihatan dengan logo syarikat pada t-shirt dan tag nama yang mereka kenakan.
“Encik/ Puan/Kakak/Abang, kami sedang buat promosi kad kredit…bla…blaa…blaa, "banyak kelebihan kad ini encik berbanding dengan apa yang encik ada....bla...bla...blaa “Baguslah kalau encik dah bersetuju, sila tandatangan borang ini, esok atau lusa kad kredit akan sampai pada alamat encik”.



Mudahnya, institusi kewangan begitu cekap “menolong” pelanggan/mangsa (bergantung bagaimana anda mengawal kad kredit). Mereka berlumba-lumba untuk mengeluarkan kad kredit seolah-olah ada target yang jelas untuk mereka capai pada setiap bulan atau minggu. Pengguna kadangkala “terjerat” dengan kad kredit yang dihadiahkan oleh bank A, B atau C dengan 2, 3 atau lebih kad kredit kononya akan digunakan di masa susah, berbelanja di luar negara dsb.




Apa faedah kepada institusi kewangan ini dengan 'menghadiahkan' kad kredit kepada pengguna?

Ringkasan apa yang institusi kewangan perolehi seperti jadual di bawah:




Banyaknya 'derma' yang kita tolong 'sumbang' pada institusi kewangan ini, diringkaskan mengikut darjah 'kesayangan'
Level 1 - Paling Disayangi oleh institusi kewangan  , Level 5 - Kurang Disayangi
Level 1
Pelanggan yang mempunyai banyak kredit kad, lebih-lebih lagi kad-kad gold dan mempunyai balance outstanding hampir maksima dan selalu membuat cash advance, pembayaran hutang secara bayaran minima. Selalu apply kad tambahan bila kad-kad yang ada hampir berbaki maksima. "Every Breath You Take, Every move you make, Every Bond You Break,Every Step You Take, I'll Be Watching You"!!

Level 2
Mempunyai beberapa kad kredit premium dan sentiasa berbaki, pembayaran sepenuhnya biasanya pada akhir tahun bila mendapat bonus tahunan.
Level 3
Guna kad kredit premium, Gold atau Platinum dan selalu berbelanja tinggi menngunakan kad kredit. Baki diselesaikan sepenuhnya pada akhir bulan. Institusi kewangan mendapat pendapatan dari caj tahunan yang tinggi dan caj 2.5% daripada peniaga/peruncit.
Level 4
Hanya menggunakan kad kredit Standard, berbelanja sekali sekala dan membuat bayaran sepenuhnya pada akhir bulan.
Level 5
Tidak menggunakan kad kredit, guna debit kad untuk transaksi internet / tempahan hotel /booking flight ticket.

Sayangkah kita pada institusi kewangan yang banyak 'membantu'?

Wednesday, December 29, 2010

Yang Mana Satu Pilihan Kalbu

Kali ini saya ingin membincangkan tentang beza harga (spread) dalam jual beli emas. Dalam bahasa mudah spread adalah perbezaan harga beli dan harga jual. Memahami dan menganalisa beza harga adalah penting bagi memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan emas.
Kaedah Pengiraan
Bank Selling (harga yang dibeli oleh pelabur)               A
Bank Buying (harga jualan emas oleh pelabur              B

Peratus beza harga = (A – B) / B X 100

Peratus beza harga yang kecil lebih memaksimakan keuntungan kerana apabila harga meningkat, pelabur akan dapat membuat keuntungan yang lebih cepat berbanding dengan produk yang mempunyai peratusan beza harga yang tinggi.

Sila lihat analisa ringkas tentang beza harga beberapa produk pelaburan emas. (Peratusan beza harga mungkin sedikit berbeza dari masa ke semasa, pemerhatian dibuat di akhir Disember 2010)

Dari analisa ringkas di atas beberapa pemerhatian dapat dibuat;
  • Bullion coin 1 oz mempunyai beza harga yang rendah berbanding produk lain, beza harga Kijang Emas adalah 3.93% (average spread for 9 yrs). Bagi saya produk ini adalah yang terbaik sekiranya dilabur dalam pasaran tempatan. Produk-produk 1 oz lain yang ditawarkan oleh UOB seperti Australian Nugget, Gold Maple Leaf juga menarik untuk dilaburkan dalam negara dan juga mempunyai ramai peminat di luar negara.
  • Produk 1 gram Pamp Gold dan Kinebar mempunyai peratusan yang amat tinggi. Kinebar 58.75% dan Pamp Gold 48.90%. Produk ini mungkin kurang sesuai untuk pelaburan kerana ianya memakan masa tertalu lama untuk mendapatkan pulangan. Mungkin ianya hanya sesuai untuk simpanan sekadar hobi.
  • Peratusan beza harga juga berkait rapat dengan risiko matawang sesebuah negara. Produk 1 oz Gold Kiwi yang ditawarkan oleh NZ Mint mempunyai peratusan beza harga sebanyak 9.19% sekiranya dibeli dan dijual dalam NZ Dollar tetapi produk yang sama mempunyai peratusan beza harga yang lebih rendah 7.76% sekiranya urusan dalam US Dollar.
  • Untuk tujuan pelaburan produk-produk Kijang Emas, 1 oz, ½ oz dan ¼ oz adalah yang terbaik. Peratusan beza harga yang rendah mungkin membuatkan produk ini selalu kehabisan stok. Walaubagaimanapun untuk tujuan pelaburan, anda mungkin boleh membuat pilihan produk-produk lain yang mempunyai peratusan beza harga di bawah 12%.
  • Sebagai perbandingan, barang kemas mempunyai peratusan yang agak tinggi, mungkin di antara 20%-40%.
Pilihan kalbu hendaklah berdasarkan ilmu.