Kali ini saya ingin membincangkan tentang beza harga (spread) dalam jual beli emas. Dalam bahasa mudah spread adalah perbezaan harga beli dan harga jual. Memahami dan menganalisa beza harga adalah penting bagi memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan emas.
Kaedah Pengiraan
Bank Selling (harga yang dibeli oleh pelabur) A
Bank Buying (harga jualan emas oleh pelabur B
Peratus beza harga = (A – B) / B X 100
Peratus beza harga = (A – B) / B X 100
Peratus beza harga yang kecil lebih memaksimakan keuntungan kerana apabila harga meningkat, pelabur akan dapat membuat keuntungan yang lebih cepat berbanding dengan produk yang mempunyai peratusan beza harga yang tinggi.
Sila lihat analisa ringkas tentang beza harga beberapa produk pelaburan emas. (Peratusan beza harga mungkin sedikit berbeza dari masa ke semasa, pemerhatian dibuat di akhir Disember 2010)
Sila lihat analisa ringkas tentang beza harga beberapa produk pelaburan emas. (Peratusan beza harga mungkin sedikit berbeza dari masa ke semasa, pemerhatian dibuat di akhir Disember 2010)
Dari analisa ringkas di atas beberapa pemerhatian dapat dibuat;
- Bullion coin 1 oz mempunyai beza harga yang rendah berbanding produk lain, beza harga Kijang Emas adalah 3.93% (average spread for 9 yrs). Bagi saya produk ini adalah yang terbaik sekiranya dilabur dalam pasaran tempatan. Produk-produk 1 oz lain yang ditawarkan oleh UOB seperti Australian Nugget, Gold Maple Leaf juga menarik untuk dilaburkan dalam negara dan juga mempunyai ramai peminat di luar negara.
- Produk 1 gram Pamp Gold dan Kinebar mempunyai peratusan yang amat tinggi. Kinebar 58.75% dan Pamp Gold 48.90%. Produk ini mungkin kurang sesuai untuk pelaburan kerana ianya memakan masa tertalu lama untuk mendapatkan pulangan. Mungkin ianya hanya sesuai untuk simpanan sekadar hobi.
- Peratusan beza harga juga berkait rapat dengan risiko matawang sesebuah negara. Produk 1 oz Gold Kiwi yang ditawarkan oleh NZ Mint mempunyai peratusan beza harga sebanyak 9.19% sekiranya dibeli dan dijual dalam NZ Dollar tetapi produk yang sama mempunyai peratusan beza harga yang lebih rendah 7.76% sekiranya urusan dalam US Dollar.
- Untuk tujuan pelaburan produk-produk Kijang Emas, 1 oz, ½ oz dan ¼ oz adalah yang terbaik. Peratusan beza harga yang rendah mungkin membuatkan produk ini selalu kehabisan stok. Walaubagaimanapun untuk tujuan pelaburan, anda mungkin boleh membuat pilihan produk-produk lain yang mempunyai peratusan beza harga di bawah 12%.
- Sebagai perbandingan, barang kemas mempunyai peratusan yang agak tinggi, mungkin di antara 20%-40%.
Pilihan kalbu hendaklah berdasarkan ilmu.
No comments:
Post a Comment