Kata orang tua-tua "Masa itu Emas".
Bila belajar Financial Management, orang putih kata "Time is Money".
Bila belajar Financial Management, orang putih kata "Time is Money".
Mulanya saya percaya juga cakap orang putih ni... tapi lama-kelamaan "wang" yang menggambarkan tentang sesuatu yang berharga terhakis apatah lagi bila krisis ekonomi dunia yang melanda kebelakangan ini.
Pepatah Melayu mungkin lebih tepat membuat penilaian tentang sesuatu yang berharga. Masa diibaratkan seperti emas sedangkan orang putih menganggap barang berharga itu seperti wang.
Mari kita lihat, orang tua kita lebih bijak atau mat salleh.
Time is Money!
Wang adalah sekeping nota yang dikeluarkan oleh bank negara sesebuah negara; kalau di US Reserve Bank of Amerika, di Malaysia Bank Negara Malaysia. Keluaran nota wang kertas ini dipiawai oleh bank negara, dan antara unjuran ekonomi yang dilihat adalah kadar inflasi. Apabila kadar harga barangan naik, kadar inflasi akan naik, dan bank pusat akan mengurangkan wang kertas di pasaran, sebaliknya bila kadar inflasi rendah, bank pusat akan mencetak lebih banyak wang kertas bagi menggalakkan aktiviti ekonomi.
Inflasi akan mengurangkan kuasa beli atau nilaian wang. Sekiranya anda menyimpan $1,000 tunai di bawah bantal pada tahun awal tahun 2009 dan kadar inflasi adalah 5%, pada awal tahun 2010 nilai wang anda akan berkurang kepada $950.00 sahaja.
Kadar inflasi Amerika dari tahun 1970 sehingga 2010 adalah 184%. Nilaian US$100 yang disimpan pada tahun 1970, kini menyusut 184%, bermakna barangan yang boleh dibeli dengan harga US$100 pada tahun 1970, kini memerlukan US$18,400!!. Time is money??
Masa itu Emas
Emak saya selalu berpesan, "kalau dapat gaji simpanlah sikit untuk beli emas", kalau beli emas tu "belilah emas 'sepuluh' i.e. emas 24 karat". Kita mengaji tinggi-tinggi simpan duit untuk beli kereta baru. Emak lagi terror merancang kewangan, atau saya yang belajar kat universiti ambil kursus Advanced Financial Management. Dalam posting lain nanti saya akan cerita kenapa emak cakap beli 'emas sepuluh', dan buktikan rupanya emak lagi terror dalam merancang kewangan.
Berbalik kepada Masa itu Emas
Harga purata satu ounce emas tulin 99.99 pada tahun 1970 adalah US$35.94, tahun 1975 - US$160.86, 1980 - US$613.95, 1990 - turun US$383.64, 2005 - US$444.51, 2009 - US$972.35 dan kini sekitar US$1300 setiap 1 ounce. Emas yang disimpan pada tahun 1970 memberi pulangan sebanyak 3614%. Mungkin kita belum lahir pada masa itu dan tidak berpeluang membeli emas pada tahun 1970, hanya berpeluang membeli emas tahun 2005, ia memberi pulangan 192%. Manakala emas yang disimpan tahun lepas 2009 memberi pulangan sebanyak 33.74%.
Ini baru betul "masa itu emas"!!
No comments:
Post a Comment