Selamat Datang/ Ahlan Wasahlan/ Kia Ora ke blog ini.
Blog ini secara ringkas mengupas isu perancangan kewangan peribadi; bagaimana, bila, di mana menyimpan aset, bagaimana berbelanja secara berhemah dan untuk apa kita perlu berhutang, cara menguruskan hutang, bagaimana menjimatkan kos hutang dan lain-lain isu menjurus kepada kawalan dan pentadbiran urusan kewangan peribadi anda.
Urusan kewangan peribadi biasanya tidak dipelajari secara formal. Urusan atau pentadbiran kewangan peribadi hanyalah berbentuk 'gut feeling', i.e. rasa ada duit sikit dalam dompet, kita akan berbelanja, bila nampak banyak lagi kredit yang ada dalam statement kredit kad, kita akan senang hati untuk swipe kredit kad.
Blog ini juga menjurus kepada topik pelaburan emas, sama ada emas bullion, syiling emas, barang kemas dan pelaburan bersangkutan perak dan lain-lain komoditi 'semi-precious' metal. Kami akan membawa isu-isu terkini tentang pelaburan emas, maklumat-maklumat terperinci dan data-data yang berkaitan bagi membantu anda membuat pelaburan dalam instrumen ini.
Pepatah Melayu "masa itu emas", orang putih cakap "time is money"..sekali imbas ianya nampak sama, tapi sebenarnya tidak serupa. Kami akan cuba untuk merungkaikan apa perbezaan di antara kedua-dua pepatah ini.
Jumpa dalam posting berikutnya. Terima kasih.
Editor
emasdanwang
No comments:
Post a Comment