Kata Pepatah "Kais Pagi Makan Pagi Kais Petang Makan Petang"
Pepatah "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" selalu digunakan untuk menggambarkan keperitan hidup sesebuah keluarga yang mana ketua keluarga berusaha keras mencari nafkah bagi menampung hidup. Mungkin ada yang terbayang para petani atau nelayan yang berusaha keras mencari nafkah hidup. Adakah pepatah ini masih sesuai dan boleh digunakan untuk masyarakat kota, dan sesuai pada yang makan gaji bulanan - berpendapatan rendah, sederhana atau golongan menengah di bandar?
Mereka biasanya terbelenggu dengan hutang; hutang rumah, hutang kereta, hutang kredit kad, hutang peribadi perbelanjaan perkahwinan yang masih lagi belum habis walaupun sudah ada anak empat atau lima orang. Maklumlah hutang peribadi sebanyak RM20,000 selama 10 tahun, yang mungkin akan selesai lagi 2 tahun. Itupun sudah berangan untuk buat permohonan baru untuk menampung pelbagai perbelanjaan seharian termasuk belanja persekolahan anak-anak.
Ilustrasi ringkas pendapatan dan perbelanjaan bulanan sebuah keluarga golongan pertengahan, suami–isteri bekerja dengan gaji lepasan ijazah seperti di bawah.
Golongan berpendapatan sederhana ini biasanya mempunyai 2 buah kereta kerana suami dan isteri bekerja di tempat berlainan. Kereta kebiasaannya dibiayai dengan hutang antara 70% – 90% dari harga kereta dengan tempoh hutang antara 5 hingga 9 tahun. [Dalam posting lain, saya akan jelaskan beza hutang 70% atau bayar RM1000 sahaja pendahuluan untuk pembiayaan kereta, apa beza tempoh hutang, dan apa impaknya kepada kewangan jangka panjang]. Mereka biasanya tinggal di rumah teres atau apartment di pinggir kota yang dibeli dengan hutang jangka panjang 20 atau 25 tahun.
Pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menggambarkan pendapatan yang diperolehi secara tunai untuk menampung perbelanjaan seharian secara tunai tanpa hutang. Pendapatan dan perbelanjaan petani dan nelayan adalah secara tunai kerana tiada kaedah hutang, mungkin hanya buku 555 di kedai runcit digunakan di masa kemarau atau musim tengkujuh yang panjang.
Adakah pendapatan dan kehidupan petani dan nelayan lebih baik dari sudut kewangan dan kekeluargaan?
Anak-anak petani terjaga dan diasuh oleh ibu, seorang surirumah yang menguruskan makan pakai keluarga, bukan air tangan pembantu dari tanah seberang yang banyak keranah, ada yang suka melaram dengan hand-phone di tangan, dan asyik berbual dengan pembantu jiran kiri dan kanan.
Adakah pendapatan dan kehidupan petani dan nelayan lebih baik dari sudut kewangan dan kekeluargaan?
Anak-anak petani terjaga dan diasuh oleh ibu, seorang surirumah yang menguruskan makan pakai keluarga, bukan air tangan pembantu dari tanah seberang yang banyak keranah, ada yang suka melaram dengan hand-phone di tangan, dan asyik berbual dengan pembantu jiran kiri dan kanan.
Mereka tiada hutang jangka pendek, sederhana dan jangka panjang, tiada hutang rumah yang akan lupus 20 tahun mendatang, tiada hutang kereta buatan Korea mahupun kereta Malaysia dengan enjin dan badan teknologi Japan. Hutang kereta persis tiada kesudahan kerana di akhir tempoh hutang, kereta banyak meragam dan buku hutang baru akan dibuka untuk kereta idaman baru dengan air-cond yang lebih nyaman.
Mungkin pepatah kais pagi makan pagi dibaca sebagai "Kais pagi makan beberapa bulan lepas", yang lebih sesuai menggambarkan perbelanjaan disandarkan dengan hutang. Setelah 3 hari gaji, pendapatan lesap untuk ansuran rumah, kereta, kredit kad, hutang TV flat screen dan hutang peribadi. 10 hari sebelum gaji bulanan, kredit kad Maybank, CIMB mahupun Al-Rajhi Bank perlu diguris untuk perbelanjaan yang tidak dirancang, membeli-belah atau perbelanjaan akibat terikut-ikut citarasa jiran dan gaya hidup kawan-kawan.
Bagaimana dengan tabungan, simpanan di kala perlu atau kecemasan? Bagaimana pula dengan tabungan belanja pengajian anak-anak? Atau kita mengharapkan pinjaman pendidikan PTPTN yang bakal membelenggu siswazah muda dengan hutang sebelum mendapat pekerjaan. Dan bagaimana pula simpanan di hari tua yang akan datang sekiranya sepanjang bulan hutang-piutang perlu dijelaskan....
No comments:
Post a Comment