Saya berminat melabur emas, apakah jenis pelaburan emas yang boleh saya labur?
Pelaburan adalah satu tajuk yang besar, pelbagai instrumen pelaburan yang ada di dalam negara ataupun di luar negara dengan pulangan dan risiko pelaburan yang berbeza. Pulangan dan risiko adalah seiringan antara satu sama lain. Bila pulangan dijangka besar, risiko terhadap pelaburan juga besar.
Sebagai perbandingan, pelaburan skim cepat kaya mungkin menjanjikan pulangan 100% ataupun 200% setahun dari nilai pelaburan asal, risiko anda akan kerugian kesemua pelaburan anda adalah juga tinggi berbanding dengan pelaburan dalam bond kerajaan atau simpanan di bank atau ASB atau pelaburan emas.
Kebelakangan ini harga emas melonjak berikutan kelemahan nilai dollar dan permintaan yang tinggi di pasaran. Ramai yang berminat untuk membuat pelaburan dalam emas, tapi apakah jenis-jenis pelaburan emas yang ada dan di mana boleh kita melabur. Emas dikategorikan sebagai salah satu instrumen pelaburan yang selamat yang digunakan untuk mengekang inflasi. Inflasi akan mengurangkan nilai pelaburan matawang sesebuah negara, bila inflasi tinggi, kuasa beli sesuatu matawang akan jatuh. Sila lawat posting saya sebelum ini untuk mengetahui lebih lanjut apakah inflasi dan ancaman kepada matawang here.
Walaubagaimanpun, harga emas tertakluk kepada turun naik harga pasaran semasa dan seseorang pelabur sepatutnya tidak terlalu ghairah melabur kesemua simpanan yang ada dalam pelaburan emas. Konsep pelaburan "Don't Put All Your Eggs in One Basket" hendaklah difahami sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan.
Sekiranya sebahagian simpanan anda diagihkan kepada pelaburan emas, pelaburan emas boleh dipecahkan kepada dua kategori:
- Akaun Pelaburan Emas.
- Belian Emas Secara Fizikal
Akaun Pelaburan Emas
Anda boleh melabur dengan membuka akaun Gold Investment Account dengan Public Bank atau Maybank Gold Savings Passbook Account. Pelabur tidak perlu memegang emas secara fizikal dan nilai pelaburan bergantung kepada turun naik harga emas di pasaran.
Institusi | Belian minima | Baki minima |
Maybank GSPA | 5 gram | 1 gram |
Public Bank GIA | 20 gram | 2 gram |
Belian Emas Secara Fizikal
Pelaburan Emas secara fizikal dibahagi kepada beberapa jenis:
(a) Bullion Coins – Jenis-syiling bullion yang dikeluarkan;
Maybank dan CIMB dilantik sebagai pengedar Kijang Emas, manakala UOB mengedar Canadian Maple, Singapore Lion, Pamp Suisse Gold dan Australian Nuggets.
Maybank dan CIMB dilantik sebagai pengedar Kijang Emas, manakala UOB mengedar Canadian Maple, Singapore Lion, Pamp Suisse Gold dan Australian Nuggets.
(b) Emas Perhiasan (jewellery)
Emas perhiasan dapat dibahagi kepada beberapa jenis mengikut gred dan boleh diperolehi secara mudah di kedai-kedai emas dan juga melalui pembelian secara online. Bagaimanapun anda perlu berhati-hati memilih penjual yang menjual barangan kemas baru atau terpakai secara online, dan perlu memastikan penjual emas yang tulen yang menjual barangan asli sebelum membuat pembayaran bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.
Kadar ketulenan emas yang menentukan nilai emas, sila lihat carta di bawah:
Kadangkala kita agak keliru dengan berat emas yang disebut dengan sukatan yang berbeza-beza, ada yang biasa dengan sukatan tahil, mayam, gram dan ounce. Carta di bawah mungkin membantu:
Harga Beli
Harga barangan kemas yang dibeli biasanya ditentukan begini:
(Harga Emas Semasa X Jenis Emas) + Kos Upah* = Harga Beli
*Kos Upah = Kos Pekerja + Masa (mungkin berbeza berdasarkan jenis barangan dan tempat pembelian)
Harga Jual barang kemas
(Harga Emas Semasa X Jenis Emas) - Susutnilai * = Tunai Diperolehi
* Susutnilai mungkin berbeza antara penjual emas dan barang kemas (sekiranya anda ingin menjual, cuba bertanya beberapa kedai emas untuk mendapat harga jual terbaik)
Selamat melabur.

No comments:
Post a Comment